Friday, June 27, 2008

hidup diambang peperangan

kehidupan manusia sentiasa dibayangi dgn peperangan, namun berperang melawan nafsulah satu peperangan yg tidak pernah selesai sejak Nabi adam disyurga sehinggalah manusia terakhir hidup di bumi

Org politik berperang dgn jiwanya sendiri samada berjuang untuk kepentingan diri atau ikhlas kerana Allah, petani dan nelayan berperang dgn dirinya sendiri samada redha dengan kemiskinan atau kufur dengan ketentuan TuhanNya, pegawai-pegawai kerajaan berperang dgn egonya sendiri samada nak menjadi umara/atau pentadbir yg amanah atau khianat kpd negaranya sendiri,cikgu dan guru berperang dgn egonya sendiri samada nak menjadi cikgu yg ikhlas atau semata-mata nak dapatkan habuan dunia, ahli-ahli perniagaan berjuang dgn egonya sendiri samada nak jadi orang kaya yg dermawan dan bersyukur atau bakhil dan lupa daratan,semua manusia berperang setiap masa cuma jenis peperangan itu bergantung kepada suasana diri masing-masing, maka hidup kita hari ini sentiasa diambang peperangan